
idaraiyan
5 tahun
Chiari Malformation and Syringomyelea
Saya pesakit Chiari Malformation Type 1. Saya akan di bedah pada 14/2 akan datang. Saya ada minum supplimen cendawan lingzhi. Bolehlan saya terus minum atau patut berhenti dulu sebelum di bedah. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kurang jelas disini jenis pembedahan yang akan saudari jalani. Namun, secara umum pesakit adalah dinasihatkan untuk berhenti sebarang supplemen yang tidak diberikan oleh pihak hospital atau yang tidak diketahui mekanisme kerjanya kerana khuatir ia akan menganggu perdarahan terutama sebelum operasi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.