
Sulit
5 tahun
Chicken fox hamil 9 bulan
Saya berumur 25 tahun dan hamil 37 minggu 1 hari…sekarang tengah mengalami chicken fox…adakah ia mendatangkan risiko kepada bayi dalam kandungan saya? Seperti kecacatan selepas lahir…mohon perjelasan dari doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda,bagi jangkitan chicken pox pada trimester ketiga kehamilan terdapat kemungkinan bayi anda boleh dijangkiti virus ini ketika dalam kandungan atau ketika kelahiran. Jangkitan ini boleh membawa kepada pelbagai risiko dan kesan sampingan jika tidak dirawat.
Oleh itu, sila maklumkan keadaan anda ke hospital dengan segera agar kesihatan anda dan kandungan dapat dipantau dan sebarang masalah boleh ditangani dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.