
Anonymous
5 tahun
Chicken pox macam makin teruk
Gelembungnya mulai bernanah. Apakah kesilapan saya sehingga terjadi begitu? Apa yang patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, hal ini adalah normal. Awalnya gelembung-gelembung kecil pada chickenpox akan berisi cecair jernih. Ketika gejala ini berlaku, seseorang itu akan mengalami demam dan keletihan dalam masa yang sama. Kemudiannya, sesetengah gelembung akan pecah mengeluarkan cecair di dalamnya, sementara sesetengah lagi akan mengering sendiri dan membentuk kudis yang lama kelamaan akan menjadi pudar ataupun semakin gelap. Pada kebanyakan pesakit kudis akan sembuh sepenuhnya dan permukaan kulit kembali seperti asal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.