
bonline160
5 tahun
Chicken pox- macam mana tahu kita telah pulih sepenuhnya?
Saya wanita berusia 23 tahun dan untuk kali pertama kena chicken pox. Setelah 16 hari, bintik gelembung air telah pun kering dan berkerak, malah ade yang tercabut. Namun, masih ade keruping kecil dan besar di kaki dan dada yang belum tercabut. Saya bekerja sebagai cikgu tuisyen. Adakah saya boleh bekerja seperti biasa? Atau saya perlu tunggu sehingga keruping di seluruh badan tanggal. Ada fakta menyatakan selagi semua keruping di badan belum gugur, kita masih berisiko untuk menjangkiti orang lain. Terima kasih di atas jawapan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, penyakit ini berupaya menjangkiti orang lain melalui cecair yang keluar dari ruam/luka pada kulit. Jika semua ruam atau luka telah menjadi keruping atau parut maka ia tidak lagi berupaya untuk menjangkiti orang lain.
Penyakit ini boleh berlanjutan sehingga 21 hari. Jika anda demam, anda dinasihatkan untuk bercuti rehat dan berjumpa doktor kerana mungkin anda dijangkiti kuman atau selalunya virus lain. Sebagai guru, anda boleh menjangkiti anak didik anda dan ini harus kita elakkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.