
bagaafahmi
5 tahun
Cirik birik,muntah2,sakit kepala
Sy mengalami sakit kepala dan muntah2 lpas tu cirik birik…apakah masalah doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Masalah sakit kepala dan muntah-muntah boleh terjadi sebagai simtom penyerta masalah yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.