
Sulit
2 tahun
Cirit birit bdn lenguh/dada sakit rsa sempit nafas
hai dktor, smenjak sya mnum ubat gastrik(magnesium trisilicate mixture) yg diberikan oleh klinik ksihatan sya mngalami cirit birit, adakah itu prkara biasa? skaligus sya rsa tiada slera mkn /mual, dan utk pngetahuan dktor jgak kdaan sya msih sma iaitu msih mngalami lenguh2 blkang dan sakit dada, ktika bnafas trasa sempit, ada kar saya ptut buat ujian saringan? juga kdg2 trasa jntung bdegup dgn laju, dn bdn rsa sejuk pnas seakan demam, sya rsau tiada prubahan slpas sya prgi ke klinik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cirit birit merupakan salah satu kesan sampingan ubat magnesium trisilicate.
Namun begitu cirit birit juga boleh disebabkan masalah lain seperti:
Keracunan makanan
Jangkitan virus seperti rotavirus
Kesan sampingan ubat-ubatan
Alahan kepada makanan
Radang usus
Sejujurnya, konsultasi dengan pihak kami adalah terhad berbanding klinik atau hospital kerana mereka mempunyai maklumat serta telah membuat pemeriksaan ke atas anda. Sekiranya selepas semua itu, mereka tidak merasakan bahawa anda perlu membuat saringan, pada pendapat saya anda tidak berisiko untuk jangkitan ini.
Namun begitu, saya faham anda risau dengan gejala yang anda alami. Oleh kerana pihak hospital tidak melakukan apa-apa pemeriksaan lanjut atau rawatan lain selain untuk masalah gastritis anda, saya beranggapan keputusan dan hasil pemeriksaan mereka adalah semua normal.
Oleh itu, buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Berkemungkinan juga gejala tersebut disebabkan masalah risau yang terlampau. Mungkin anda juga boleh berjumpa dengan doktor pakar psiakitri untuk mengatasi masalah tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.