
Sulit
4 tahun
Cirit birit dan demamm
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya mengalami demam dan sakit perut. Setiap kali nak buang air besar saya mengalami cirit birit yang teruk. 2 hari sebelum saya mengalami sakit perut dan cirit birit ni…saya ada makan kerang dan kupang. Jadi apakah ubat yg perlu saya beli di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- demam denggi
- jangkitan bakteria
Anda disarankan untuk:
- minum air yang mencukupi
- ubat demam
jika masalah masih berlanjutan, jumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.