
assiranep
2 tahun
Cirit birit dan hilang mood perasaan berbulan bulan
Selepas saya amal ubat ranitidine sy akan cirit birit,apa kah itu kesan sampingan ubat ranitidine.dan sudah 4 bulan sy ade masalah susah gembira dan hilang mood

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan ubat ranitidine adalah:
- Sakit kepala
- Pening
- Sukar tidur
- Sakit payudara
- Mual, loya, muntah
- Cirit birit atau sembelit
Berkenaan dengan masalah mood dan sukar gembira anda, terdapat kemungkinan ia disebabkan oleh gangguan emosi anda, dan maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat mengenainya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.