zulaikha2404
6 tahun
Cirit birit dan kencing berdarah
Saya ada mengalami cirit birit sebelum ni, dalam 3 ke 5 hari, lepas tu ok. Selang seminggu, cirit birit tu dtg lagi. Dgn mual dan badan berangin. Di tambah lagi, ketika membuang air kecil, ada lendiran darah yg turut keluar bersama, adakah perkara tersebut adalah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala kencing berdarah disertai cirit tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pyelonephritis yaitu akibat jangkitan buah pinggang
- cystitis keradangan pundi kencing
- cervicitis yaitu keradangan pangkal rahim
- endometritis
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri keadaan menjadi parah, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































