Sulit
3 tahun
Cirit birit dan sakit tekak yang bermula semalam iaitu 10.1.2021, cirot birit dialami awal pagi tadi dalam jam 5pagi.. pada 11.1.2021
Saya wanita berusia 24tahun dan mengalami sakit tekak dan cirit birit, awl pagi semalam sakit tekak saya tidak terlalu sakit. dan saya minum 2L air… Bangun awal pagi ini, tekak saya semakin sakjt dari semalam dan sukar untuk saya menelan air. Awal pagi pagi dalam kira kira pukul 5am tiba tiba saya cirit birit pula… Dan dalam keadaan 2hari period ini… Adakah sebab period? tapi sebelum ini… kalau saya period saya tidak mengalami cirit birit. Dan saya belum mengambil sebarang ubatan harini… Saya seorang suri rumah tangga dan mempunyai 2org ank… saya tidak pernah keluar negara atau berkunjung ketempat yang mempunyai kes covid19 , saya hnya ada keluar ke pasaraya berdekat rumah sahaja semalam atas tujuan membeli barang keperluan… Pasaraya di gelang patah johor… Adakah saya perlu melakukan saringan? mohon pencerahan doktor… terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan cirit birit seperti:
- jangkitan bakteria dalam usus
- keracunan makanan
- alahan pada makanan seperti susu
- ubat seperti antibiotik
- keradangan usus
- penyakit Crohn
- ulser usus
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang kebiasaannya dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.