Anonymous
6 tahun
Cirit birit dan tahi berwarna hijau
Saya wanita berumur 20-an dan saya mengalami sakit abdomen dan cirit-birit selama sehari, selepas cirit-birit berlaku, keesokan harinya tahi saya berwarna hijau dan kurang cirit seperti semalam, seterusnya saya mengalami tahi yang solid berwarna hijau pula dan tiada sakit abdomen berlaku. adakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan akibat jangkitan kuman dan virus
- alergi makanan
- Crohn’s disease
- Diverticulitis
Perubahan konsistensi dan warna najis serta perbaikan rasa sakit boleh jadi anda sudah semakin sembuh dari kondisi ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























