
Sulit
5 tahun
Cirit birit kesan sampingan antibiotik?
Ahad lalu saya ke klinik kerana sakit tekak, doktor memberikan saya antibiotik dan pain killer (BP dan temp normal) sejak itu saya sering cirit birit… adakah ia kesan dari antibiotik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- keracunan makanan
- irritable bowel syndrome
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Inflammatory bowel disease
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti antibiotik
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.