
Sulit
4 tahun
Cirit-Birit Ketika Hamil 20 Minggu
Hi doktor. Saya berusia 22 tahun dan hamil 20 minggu. Sejak 2 hari yang lepas, saya mengalami sakit perut seperti memulas dan najis cair. Sehari cuma sekali atau dua kali sahaja sakit perut selepas membuang sakit perut tersebut hilang. Adakah normal bagi wanita hamil mengalami masalah tersebut? Adakah ianya mengancam kandungan saya? Perlukah saya pergi ke hospital untuk rawatan lanjut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya cirit birit pada wanita hamil boleh berlaku akibat
- gangguan pada peningkatan dan penurunan hormon sepanjang kehamilan
- perubahan anatomi tubuh sepanjng pembesaran kandungan
- tekanan atau faktor psikologi
- mahupun kerana perubahan terhadap diet pemakanan harian
Walau bagaimanapun ia juga boleh dikaitkan dengan
- jangkitan kuman (virus, bakteria atau parasit) di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Kesemua perkara diatas boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan anda serta kandungan sekiranya tidak berhati-hati dan mengambil maklum tentang perkembangan semasa.
Malah anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah atau kondisi sebenar kesihatan anda & kandungan, puan tetap perlu merujuk kepada doktor kehamilan anda untuk mengetahui sekiranya ia memerlukan rawatan ataupun tidak. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).