
farhangk5
5 tahun
Cirit birit,makanan tidak hadam & pendarahan
Saya seorang lelaki berumur 29 tahun,dalam masa dua bulan ini saya kerap mengalami cirit birit.
Cirit birit yg saya alami menyebabkan pedih diluar bahagian dubur. (kadang kala kelihatan tompokan darah selepas cuci)
Najis yang keluar pula kadang kala terdapat buih2 kecil,sayuran yang saya makan juga tidak dicernakan dengan sempurna.
Saya beranggapan ini kerana sy sering makan makanan pedas,atau munkinkah saya mengalami radang usus?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan yang anda alami disertai darah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.