
nabeylarosli
6 tahun
Cirit birit, muntah dan demam
Anak saya berumur 1 tahun 4 bulan… Anak saya dah nk masuk 3 hari asyik berak dengan kerap… Muntah n demam…dan di kepale anak saya terdapat benjolan… Di kepale dan leher

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Tetapi bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika dia mempunyai najis yang tidak mempunyai benjolan di dalamnya. Antara gejala cirit-birit yang termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda.
Penyebab utama cirit-birit ialah virus yang dipanggil sebagai rotavirus. Rotavirus menyebabkan jangkitan usus yang disebut gastroenteritis. (Rotarix) akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada imunisasi rutin bayi anda. Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
- infeksi/jangkitan kuman - kadang menyebabkan bengkak limfa di leher
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Oleh itu, anda amatlah disarankan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.