
Sulit
4 tahun
Cirit birit & muntah
Umur sy 35, kerja kerani, belum berkahwin, 13/09/2020 sy makan mee kari & gulai nenas ikn masin, ptg perut meragam, sy pening, loya, muntah angin, 5kli masuk toilet…14/09/2020 keadaan makin teruk, 15kli masuk toilet, cirit birit smpi badan lemah, sy balik kerja halfday 12.30pm x sempat pergi klinik sbb terlalu sakit, balik rumah sy muntah angin sbb start mlm semalam smpi mlm ni, sehari suntuk x mkn apa2, hya minum 100plus…x tdo mlm pening dan perut mencengkam…pagi 15/09/2020 sblm pergi kerja singgah 7e, beli pil chi kit teck aun, & makan buah pisang 2biji…tghri ni sy nak pergi klinik sbb dah x tahan sgt 6kli masuk toilet…susah nak ambil cuti sbb kerja banyak.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit selepas memakan mi kari sehingga perlu ke tandas sampai 15 kali. Hal ini sangat membimbangkan kerana anda boleh mengalami dehidrasi kronik.
Sila klik pada link ini segera (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh jadi disebabkan beberapa perkara lain seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Berdasarkan keterangan anda, keracunan makanan adalah perkara pertama sekali yang menjadi punca anda mengalami cirit birit yang boleh kami rumuskan berdasarkan maklumat terhad diperolehi. Walaubagaimanapun, anda masih perlu berjumpa dengan doktor segera kerana anda telah cirit birit dan ke tandas sebanyak 15 kali. Anda telah hilang banyak air dalam badan akibat ini.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari serta khuatir akan perburukan penyakit, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.