
Sulit
4 tahun
Cirit birit, perut berangin, sakit perut, rasa mual dan muntah, apabila saya membuang air besar,, angin yang banyak keluar
Saya pelajar perempuan berumur 15 tahun. Pada 23/3/2021, saya mandi di sungai dan airnya sangatlah sejuk. Setelah pulang pada hari yg sama daripada sungai,keesokan harinya saya mula selesema, mungkin akibat air yg terlampau sejuk?. Pada malam saya mula selesema, saya makan gummy cola dan esoknya, pada pukul 5:30 pagi, perut saya terasa sakit dan berangin,saya terus ke tandas, saya didapati cirit birit, setelah beberapa minit, saya terasa mual, dan seterusnya muntah, muntah tersebut berwarna sedikit kuning seperti gummy yang saya makan, disebabkan penyakit di atas, saya demam. *saya juga tidak banyak makan (tak suka makan). soalan : adakah saya ada penyakit Irritable Bowel Syndrome (IBS), gastrik, keracunan makanan, atau penyakit yang lain?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Secara umum demam yang diiringi berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan
- pening kepala / pitam
- berak cair yang berterusan atau bertambah parah
- mual / muntah
Gastrik merupakan gangguan akibat lapisan & asid perut. Manakala, irritable bowel syndrome merupakan gangguan saluran pencernaan atau penghadaman yang lebih kronik.
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).