wanhafizoh
6 tahun
Cirit birit, sakit perut, muntah2
Suami saya mengalami cirit birit, sakit perut memulas, muntah, slps mkn ubat cirit birit, dah baik dan skrg demam panas hingga menggigil… kenapa ye doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit, sakit perut dan demam yang suami anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Jangkitan dalam usus seperti salmonella
- Sekiranya ada pergi berkhelah atau aktiviti luar, maka kemungkinan tibi atau kencing tikus
- Penyakit radang usus
- Hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























