
Sulit
4 tahun
Cirit,sakit dada n pinggang
Saya wanita,berumur 40thn. Saya mengalami pedih perut dan sakit sekitar pinggang selama 1 hari, esoknya,tiba2 shj saya mengalami cirit birit yg kerap dlmnl tempoh krg 2 jam,hampir 8x. Saya tlh pergi ke klinik kesihatan,ujian air kencing dibuat,semuanya normal. Saya tlh diberi ors dan ubat sakit perut. Cirit masih berterusan. Esoknya,sy telah pergi ke klinik swasta,dan doc mengatakab tekak saya merah dan bengkak yg terlalu lama,menyebabkn jangkitan kuman terjadi,dan seterusnya menyebabkan saya cirit. Saya tlh diberi antibiotik,ubat demam,ubat cirit dan ors. Cirit sudah berkrg slps 2 hari,tetapi sy mula sakit pinggang dan sakit dada kiri. Utk pengetahuan,3 minggu sebelum ini,sy pernah alami sakit dada kiri,telah buat ecg sebanyak 2x, dan xray,semuanya normal. Perlu ke saya pergi ke hospital pula untuk pemeriksaan lanjut,atau habiskn dulu ubat yg telah diberi. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada dan pinggang.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk teruskan ubatan yang telah dipreskripsi oleh doktor buat masa sekarang. Namun sekiranya anda mengalami gejala berikut, jangan berlengah untuk berjumpa doktor:
- Sakit dada yang berterusan
- Sesak nafas
- Muntah
- Kebas di bahgian tangan, lengan, bahu dan rahang
- Bengkak kaki
- Sakit ketika kencing
- Kencing berdarah
- Sukar untuk kencing
Sekiranya anda ragu ragu dengan keadaan anda, tiada masalah untuk anda lakukan ujian sekali lagi di hospital.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.