
Sulit
5 tahun
Clomiphene citrate medicine
Hi sy umur 35 tahanun Dan Belum pernah mengandung …sy nak Tanya kalau sy Cuba ubat ni tanpa pengawasan doctor Akan Ada apa APA masalah ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan tersebut memerlukan pandangan pakar wanita untuk diberikan kepada pesakit. ia ialah rawatan hormon yang akan meningkatkan bilangan telur pada wanita. Namun, Ia memberi kesan buruk jika diambil tanpa mendapatkan pandangan doktor. Antaranya:
- ovari membengkak sehingga menyebabkan sakit pada bahagian pelvis
- Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) dimana pesakit akan mengalami ovari yang membesar pada tahap maksimum sehingga menyebabkan risiko sesak nafas, sakit perut melampau dan sebagainya- ini ialah kecemasan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.