Sulit
3 tahun
Collect and simpan urine
boleh ke collect and simpan first urine in the morninh dalam bekas bertutup then buat test tengah hari sebab baru keluar beli upt kit? adakah kandungan air kencing berubah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, ianya disarankan untuk memeriksa kehamilan melalui air kencing (UPT) menggunakan air kencing di waktu pagi. Namun sekiranya anda tidak boleh melakukan ujian dalam tempoh satu jam selepas kencing, disarankan untuk anda menyimpan air kencing di dalam peti sejuk yang dengan suhu di bawah 4 darah selsius.
Namun, air kencing tersebut tidak boleh disimpan lebih dari 24 jam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.