lyanapanda90
4 tahun
Conjunctivitis selama seminggu
Salam sejahtera, saya berumur 30 tahun dan menghidap conjunctivitis. Saya ingin bertanya pendapat doktor mengenai ubat yang sesuai dan lebih berkesan. Saya dibekalkan Nicol Eye Drop dan proses pemulihan yang saya lalui agak lama. Jadi saya telah membeli Neo Deca Eye Drop di sebuah farmasi. Soalan saya disini adakah Neo Deca selamat digunakan? Untuk pengetahuan doktor saya adalah pesakit kencing manis tahap 2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat mata Nicol mengandungi antibiotik chloramphenicol sementara ubat mata Neo Deca mengandungi komponen steroid dan antibiotik.
Pada penggunaan luar, ubat ini tidak memberikan kesan sampingan yang merbahaya. Akan tetapi sekiranya digunakan secara ekstensif, ia boleh menyebabkan efek sistemik. Memandangkan anda tidak menyatakan lama penggunaan, maka kami tidak dapat memberikan kesimpulan berikutan penggunaan ubat ini pada pesakit diabetes.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.