
Sulit
4 tahun
Consume the supplements
Hai dr… Sya ingin bertanya tentang keperluan consume suppelement… Actually, it is okay if i take shaklee supplements? Adakah supplements boleh membawa kemudaratan kepada buah pinggang saya dalam jangka masa yang panjang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, suplemen atau makanan tambahan adalah tidak perlu untuk diambil sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan sekiranya tidak diberikan arahan oleh doktor untuk mengambilnya. Berkenaan produk suplemen yang disebutkan oleh anda, kami tidak dapat memeberikan jawapan yang tepat kerana kami tidak tahu kandungannya dan keberkesanannya.
Bergantung kepada jenis suplemen dan kekerapan yang diambil oleh anda, mana-mana suplemen juga mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan dan ia bukan sahaja boleh merosakkan buah pinggang, malah organ lain seperti hati juga boleh rosak sekiranya diambil secara berlebihan, tanpa kawalan atau mengikut dos yang diarahkan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.