Sulit
3 tahun
Contact covid negative
Rabu lepas saya ada contact dengan seorang individu yg dpercayai ada menaiki flight dengan seorang pesakit covid.tetapi individu itu tidak contact rapat dengan pesakit itu.cuma satu flight sahaja,dan individu yg saya jumpa tu sudah membuat saringan dan keputusannya adalah negative.apa tindakan yang boleh diambil oleh saya? Adakah saya perlu menjalani ujian saringan?
3 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk menjawab soalan anda, saya akan fokus kepada bagaimana ujian saringan dilakukan di hospital kerajaan. Hal ini kerana, untuk hospital swasta situasinya berbeza di mana pesakit boleh membayar untuk membuat ujian tersebut.
Di hospital kerajaan, hanya pesakit yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria akan diambil sampel tekak bagi ujian COVID-19. Antaranya:
- Individu yang baru balik dari negara yang berisiko tinggi dan mengalami simptom
- Individu yang mengalami gejala ataupun tidak tetapi mempunyai sejarak kontak rapat dengan kes yang disahkan positif.
Kita tidak mampu untuk membuat saringan ke atas semua orang kerana beban pesakit yang banyak disamping harga untuk ujian ini mahal.
Oleh yang demikian, sangat sangat penting untuk kita mengamalkan social distancing. Untuk mengelak dari kita dijangkiti atau menjangkiti orang lain tanpa sedar kerana kita tidak menunjukkan apa-apa gejala walaupun dijangkiti.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini