
Sulit
3 tahun
Contact rapat atau tidakk
Hai, pada ahad yang lepas, 7 ogos 2021 saya telah berjumpa dgn 2 org kawan saya untuk menyiapkan tugasan. pada harini 13 ogos 2021 , saya diberitahu bahawa dia positif covid. kawan saya yang lagi sorg, telah membuat swab test menggunakam kit dan result negatif tapi, dia mempunyai simptom seperti batuk dan selsema. Adakah saya contact rapat? Perlukah saya membuat swab test? Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, kontak rapat ialah individu yang berhubung secara langsung dengan pesakit Covid-19 selama lebih daripada 15 mini, pada jarak kurang daripada 1 meter tanpa memakai pelitup muka ataupun bersentuhan.
Memandangkan anda bersemuka dengan kawan anda yang Covid-19 positif, anda dikategorikan sebagai kontak rapat. Anda perlu menjalankan kuarantin selama 10 hari dan mengambil ujian swab sekiranya anda bergejala. Kami menasihatkan anda untuk mengemaskini maklumat anda pada MySejahtera dan menghubungi CAC berdekatan dengan anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini