Sulit
4 tahun
Conth bdan lemah pastu xde selera nak mkn
Conth sye ,18 bdn sye lemah pstu xee selera nk mkn pstu kpala pening sekua
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, untuk mendiagnos sesuatu penyakit, kadang-kala doktor memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada pesakit. Namun, untuk pengetahuan anda, masalah badan lemah dan tiada selera makan boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan makanan
- Keracunan makanan
- Demam (denggi, malaria, tuberkulosis, leptospirosis, kanser)
- Perubahan hormon
- Depresi dan keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























