Sulit
5 tahun
Coronary sulcus zakar konek kulit koyak dam merah
Saya lelaki 20 tahun dan menghadapi masalah pada konek ialah Coronary sulcus permukaan batang sye paling atas koyak dan merah. Sye mungkin kerap lancap dgn keadaan keras… jadi tisu kulit koyak…
Mula2 x sakit , x gatal , x bau…selepas tahu masalah ni sye hari2 tarik kulit utk bercuci dan nampak ada warna putih pada permukaan nampak mcm kulit lah… tapi bila semalam sye cuci hbs cuci rasa gatal
. Ada cadangan untuk menyapu ubat atau apa yang saya kena buat.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala yang digambarkan oleh anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada zakar
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Anda boleh mempraktikkan langkah-langkah kebersihan diri seperti selalu mencuci bahagian kemaluan menggunakan air dan sabun terutama sekali selepas kencing, memakai seluar dalam yang bersih, lap bahagian kemaluan menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci bahagian tersebut dan memastikan kawasan kemaluan sentiasa kering dan bersih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































