Sulit
4 tahun
Cousin saya ada close contact dengan pesakit covid-19
Saya mewakili sepupu saya untuk membuat pertanyaan. Sepupu saya telah disahkan close contact dengan pesakit Covid-19. Pejabat kesihatan telah mengarahkan dia untuk membuat swab test dan kuarantin di rumah. Beberapa hari sebelum result swab test dikeluar cousin saya telah mengalami gejala seperti selsema, batuk dan pening kepala tetapi selepas result dikeluarkan cousin saya disahkan negatif. Adakah cousin saya patut membuat swab test kali kedua di swasta?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk makluman anda, keputusan ujian saringan pertama boleh menjadi negatif disebabkan kadar virus dalam badan masih rendah sewaktu ujian saringan pertama. Hal ini dipanggil sebagai incubation period dimana virus memerlukan masa untuk meningkat dan boleh mencapai selama 14 hari. Secara purata tempoh incubation period ini berlaku dalam masa 5-6 hari. Oleh itu, ujian saringan kedua perlu dilakukan untuk memastikan anda betul-betul negatif.
Anda digalakkan juga untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































