
Sulit
3 tahun
Covid 19 - demam sudah 7 hari, tidak tinggi, deria rasa dan bau kembali, paru2 clear. Tapi alami berak keluar air 2 kali pada hari ke 7
Hello. Saya sudah on covid 19 selama 7 hari. Tiada selsema dan batuk, hanya lendiran sahaja. Hari ketiga hingga hari ketujuh suhu badan saya sudah turun dan maintain 37.5-37.8 , tetapi demam tetap belum kebah. Xray pada hari ke 6,paru2 adalah clear. Dan pada hari ketujuh saya buang air besar, tp hanya air yg keluar (diarrhea mungkin), cuma kekerapannya 2 kali, tapi sedikit sakit di perut masih dirasai.
Adakah covid saya semakin serius? Semasa ke CAC semalam, sudah diberitahu yg demam masih ada,tapi dr hanya suruh kuarantin di rumah. Apa yang perlu saya buat? Terus kuarantin atau consult dengan dr ttg sakit perut?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami jangkitan covid-19 dan berasa risau tentang keadaan sakit perut. Saya akan memberikan maklumat berkenaan dengan sebaik mungkin.
Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor supaya maklumat yang lebih terperinci tentang tahap kesihatan anda boleh diperoleh.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini