
Sulit
5 tahun
Covid 19 pemakan untuk badan
Hi Dr, apakah makanan yang patut di ambil sepanjang tempoh virus ini menular? Untuk membolehkan badan melawan virus covid ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Anda digalakkan untuk makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda perlu ambil protein yang mencukupi untuk membina imuniti badan anda. Protein boleh diperoleh daripada ayam, daging dan kekacang. Makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti membantu untuk memberi anda tenaga. Sumber makanan anda haruslah yang segar dan baru dimasak supaya nutriennya kekal banyak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.