
Sulit
4 tahun
Covid 19 RTK DAN PCR
Hi saya nak tanya kalau seseorang itu melakukan rtk dan disahkan positf adakah dia akan berkemungkinan positif juga apabila melakukan pcr test atau sebaliknya kerana saya mendapati bahawa rtk test tidak berapa accurate

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk makluman anda, RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) adalah dua jenis ujian yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengetahui seseorang itu dijangkiti penyakit atau tidak.
- RT-PCR.
Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction. Melalui ujian ini, kita boleh mengesan secara terus virus yang ada dalam badan pesakit. Sekiranya pesakit positif ujian ini, bermaksud mereka telah dijangkiti virus tersebut. Ujian ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk mengetahui keputusan. Sampel biasanya diambil dengan kaedah nasopharyngeal swab.
- RTK-Ag
Rapid test kit sebenanrnya mempunyai dua jenis ujian samada untuk mengesan antigen atau mengesan antibodi, dikenali RTK-Ag atau RTK-Ab. Untuk RTK-Ag, ia akan mengesan antigen dalam badan seseorang. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Ujian ini juga boleh mengesan virus tetapi tidak sesensitif RTPCR. Positif ujian RTK-Ag (BUKAN RTK-Ab) bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Ujian ini mengambil masa lebih singkat lebih kurang 45 minit untuk ketahui keputusan.
Tekan link ini untuk ketahui lebih lanjut tentang RTK-Ag melalui KKM.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini