
shamalin98
5 tahun
Covid 19 - Status P3 yang berkontak rapat dengan P2
Pekerja saya adalah berstatus P2 (kontak rapat dengan pesakit positif Covid19 (P1)). P1 baru disahkan positif pada 02/04/2020. P2 berkontak rapat dengan P1 sejak 13/03/2020 (satu rumah). P2 telah diminta membuat kuarantin diri selama 14 hari. Ada beberapa yang pekerja lain berkontak rapat dengan P2 (categori P3) sejak 13/03/2020. Adakan mereka perlu kuarantin diri selama 14 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan anda, selain kuarantin, P2 disarankan untuk ke hospital bagi ujian COVID-19 sekiranya dia belum. Berikut merupakan senarai hospital untuk tujuan tersebut: Designated Hospital for COVID-19.
Manakala, P3 amat digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah. Sekiranya P2 ada melakukan ujian COVID-19 dan keputusan menunjukkan positif, amat disarankan untuk P3 turut melakukan ujian COVID-19. Sekiranya mereka mengalami gejala seperti berikut, digalakkan untuk ke hospital.
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda semua mengamalkan social distancing serta langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini