
Sulit
3 tahun
Covid simptom , demam , sakit dada , hilang deria rasa dan bau , lesu dan cepat berpeluh
Sy telah demam selama dua hari 5 Hari lepas . Diikuti dengan nafas Rasa berat Dan pendek serta hilang deria rasa dn bau. Saya telah buat antigen covid selama 3 Hari Dan keputusan juga menunjukkan negatif . Keluarga juga hasilnya negatif . Sy masih tidak puas hati kerana masih tiada deria rasa dan bau Dan nafas terasa pendek dn berat sehingga Rasa lemas terutama selepas selesai kerja rumah .

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala demam, nafas pendek serta kehilangan deria bau dan rasa. Anda mengambil ujian Covid-19 yang menunjukkan keputusan negatif. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda terangkan bukan sepsifik untuk jangkitan Covid-19. Gejala-gejala anda boleh juga disebabkan oleh jangkitan lain pada saluran pernafasan seperti jangkitan influenza atau masalah sistem pernafasan lain. Sekiranya anda masih risau tentang jangkitan Covid-19, anda boleh mendapatkan ujian swab di klinik berdekatan dengan anda. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini