Sulit
4 tahun
Covid19 Berdebar(Nerves) /Takut ,Jadi Tak tenang , Smpai Sakit Dada
Macam mana nak tenang ? Orait Macam Ni , Sya Jadi BERDEBAR sangat Smpai Sakit Dada , BILA dpt Tahu Yg Sya positif Covid , Apa Risiko Klau Terlalu Nerves (Bersebar) Sampai Tk blh Rilex MCM ni dokter ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan masalah anda, kami memahami bahawa anda menghadapi tekanan dan keresahan melampau apabila mengetahui status jangkitan Covid-19 positif. Kini anda mahu tahu risiko kesihatan jika cemas melampau. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, perasaan bimbang (anxiety) adalah sesuatu yang normal. Namun ia menjadi masalah apabila mula mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kesihatan. Antara risiko kesihatan anxiety adalah:
- Depresi
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Tekanan darah menjadi tinggi
- Masalah pada sistem pencernaan
- Melemahkan sistem pertahanan badan
Di samping itu, anda juga boleh melayari hotline di bawah:
MyCareCov19
- Sokongan emosi
- Badan kerajaan
- Email: [email protected]
- Bahasa; Melayu
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































