musthafahmt
5 tahun
Covid19 menyerang sistem pernafasan
Saya dimaklumkan Covid19 boleh menyerang sistem pernafasan seseorang. Adakah seseorang perokok akan lebih terkesan (lebih teruk diserang), jika sekiranya paru-paru perokok itu telah tidak sihat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Perokok tegar membawa risiko untuk jangkitan COVID-19 yang lebih parah. Hal ini kerana paru-paru mereke bukan dalam keadaan yang sihat dan fungsinya kurang mantap. Selain merokok, risiko lain termasuk mereka yang mempunyai masalah paru-paru seperti asma, COPD, kanser paru-paru dan penyakit kronik yang lain.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































