
nh0620093
5 tahun
CTH.sakit bahagian dada
Saya sakit dada 1 teruk dan bila gerak terlalu kasar dekat dada akan sakit sangat2 dan saya mudah penat jantung saya akan gerak dengan cepat cara tiba2 dan sesat nafas saya tak ada sakit apa 2 saya jadi macam ni pada zaman sekolah lagi dan kalau sesat nafas dia akan jadi penat dan mudah pitam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Sakit otot dada
- Anemia - kurang hemoglobin darah merah
- Masalah ritma jantung
- Asma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.