
Sulit
3 tahun
Cth tidak dapat muntah
saya lelaki berumur 18.saya selalu muntah selepas saya makan sebab takut berat badan saya naik dengan cara menjolok tekak.masalah ini terjadi sejak umur saya 12 sehingga sekarang 18 tahun tetapi sejak kebelakangan ini saya tidak dapat muntahkan makanan yang saya makan.hanya sedikit sahaja makanan yg terkeluar.saya bingung dengan masalah yang saya hadapi kerana tidak dapat muntah.tekak saya rasa seperti ada makanan yg tersekat.saya menjadi stress,tidak dapat tidur,hilang keyakinan dan tidak mahu bergaul dengan sesiapapun.boleh saya tahu apa penyebab nya,panyakit apa yang saya sedang hadapi dan apa yang harus saya lakukan untuk mencegah nya.jika saya berjumpa dengan doktor di hospital bagaimana saya perlu menyatakan masalah saya kepada doktor tersebut?harap soalan saya ini di jawab dengan segera

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mempunyai masalah berkaitan penampilan diri yang menyebabkan anda muntah makanan selepas makan. Anda juga mengalami kesukaran tidur, hilang keyakinan dan tidak ingin bersosial. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda terangkan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental adalah sesuatu perkara yang rumit namun memerlukan rawatan pada tahap awalnya untuk mengelakkan daripada komplikasinya yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda. Masalah-masalah yang boleh menyebabkan gejala anda ialah :
- Gangguan pemakanan (eating disorders) seperti anorexia nervosa ataupun bulimia
- Kemurungan
- Gangguan tekanan
- Keresahan
Kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan mengenai masalah anda. Pakar psikiatri boleh mengenal pasti punca masalah anda secara tepat di samping membantu anda mengatasinya. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dan sulit bersama doktor pakar kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.