
Sulit
5 tahun
Cuba untuk dapat zuriat
Sy wanita 20 an.sudah berkahwin,berusaha utk dpt anak.sy mkn clomid n bsama suami slps abis period.esoknya sy keluar darah cmpur lendir smpi sekarang…kenapa ye?saya takut ada penyakit apa2.atau adakah kesan clomid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks kali seterusnya, boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Sebetulnya, ketidaksuburan boleh terjadi akibat banyak hal, sebaiknya anda dan suami sama-sama merujuk ke doktor agar dapat dikenalpasti penyebab sebenar kepada sukar mendapat zuriat. Bagaimanapu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.