
Sulit
5 tahun
Cuci tangan terlalu kerap
Hi doktor, sy ni punya masalah yang kerap basuh tangan. Sy sedar perkara ni da lama. Dan terjadi waktu tertentu juga. Sy punya kerap tu, bila sy basuh tangan dgn sabun, then pegang sesuatu, sy basuh, dan bende ni terjadi berulang kali. Lelagi ketika memasak. Potong sebiji kentang, sy basuh tangan, potong sebiji bawang basuh tangan, pegang kuali basuh tangan, kuali pun kena basub before guna. Sy rasa mcm xserius tapi kulit tangan saya jadi makin kering dan gatal. Sy rasa setiap kali terpegang sesuatu sy basuh tangan. Kadang dalam masa 10minit tu, 6-7,kali sy basuh tangan. Bila nk uruskan mencuci benda kotor sy kena pakai glove.
Ada kaitan dengan masalah kesihatan mental ke doktor? Ada cara ke nk bendung masalah sy ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap cuci tangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit obsessif kompulsif
- personaliti obsessif kompulsif
- masalah psikiatri lain yang boleh datang dengan masalah obsessif kompulsif
Berdasarkan aduan anda, diagnosis yang berkemungkinan tinggi adalah masalah obsessif kompulsif.
Namun, untuk mendapat diagnosis obsessif kompulsif, terdapat beberapa kriteria seperti berikut :
- Fikiran yang berulang dan kerap yang menyebabkan keresahan dan ketegangan. (obssesif)
- Pesakit cuba menenggelamkan fikiran itu dengan sesuatu tindakan yang berulang seperti mencuci tangan, mengira, menyebut perkataan.
(kompulsif) - Tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan keresahan yang dialami oleh buah fikiran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.