
Sulit
4 tahun
Cucuk depo perancang
Saya sudah mengambil suntikan depo kali ke 4…masa kali 1,2 dan 3 setiap bulan saya akan datang bulan…masalah sekarang selepas saya ambil suntikan kali ke 4 saya tidak datang bulan hampir sebulan…mohon penjelasan…saya risau kalau mengandung lagi…anak masih kecil…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan suntikan depo adalah pendarahan yang berpanjangan, tidak datang haid atau spotting. Kesan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Terdapat kemungkinan pendarahan yang anda alami adalah disebabkan oleh kesan suntikan tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.