
Sulit
3 tahun
Cucuk perancang pada hari sama dengan vaksin covid
Adakah saya boleh mengambil cucuk perancang sama dengan vaksin pada hari yang sama, menjadi keraguan saya takut apa2 kesan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil cucuk perancang sama dengan suntikan vaksin pada hari sama. Ia tidak akan mempengaruhi fungsi dan kesan vaksin atau suntikan perancang. Ia juga tidak akan mempengaruhi kesihatan anda.
Selain itu, kesan sampingan umum vaksin Covid adalah sama, iaitu:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini