
tembamtembam_t
2 tahun
Cukupkah dos antibiotik yg sy ambil
Baru2 ini sy telah didiagnose oleh doc bhw darah sy telah dijangkiti sedikit kuman akibat kencing sy yg dijangkiti kuman. Persoalan sy sekarang, adakah hanya dgn pengambilan 2 jenis antibiotik selama 3 hari itu akan dapat membuatkn darah sy bebas kuman sepenuhnya? Ini kerana sy ada terbaca bahawa ada ant kuman yg tidak dapat dihapuskan dengan sesetengah jenis antibiotik. Untuk makluman, selepas pengambilan antibiotik selama 2hari, demam menggigil sy telah tiada. Tetapi ada msnya sy akan rs sakit kepala.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab soalan anda, pengambilan antibiotik yang diberikan doktor pada kebiasaannya sudah mencukupi untuk membasmi kuman didalam badan. Bagi sesetengah kes, terdapat kuman yang “resistant” dan sukar untuk dibasmi, maka harus ditukar dengan antibiotik lain. Antara tanda-tanda seseorang itu telah semakin pulih dari jangkitan kuman adalah dengan badan semakin sihat seperti tiada demam dan gejala-gejala sakit yang lain. Namun pengambilan antibiotik adalah perlu dihabiskan walaupun badan berasa semakin sihat bagi mengelakkan jenis “resistant” muncul. Sakit kepala yang anda alami mungkin berpunca daripada kurang ambil air, kesan ubat ataupun kurang rehat. Sekian.