
Sulit
3 tahun
Cuma ingat tarikh last bersama, lepas beberapa minggu boleh ke check upt?
Tak ingat tarikh last period, tapi ingat tarikh last bersama dalam 3-5 haribulan 7 & saya yakin bulan 7 ni memang sy takde dtg period lagi sebab baru bersama tarikh 2-5 haribulan tu. Boleh ke beberapa minggu lepastu check upt? & bila check upt line samar2 macam mana? Kena cuba check lagi beberapa hari ke? Tanda2 macam kembung perut, kerap kencing, pening sendawa, kejang kaki kiri ja, rasa tekak loya melugai tapi tak muntah ada rasa dah sikit2 harini. Pastu rasa nak makan macam2 & nak minum air manis2 ja. Selalu kalau saya nak period saya akan rasa sengugut sakit perut pastu rasa craving ja tapi bulan ni takde rasa period yg sy alami tu sebelum ni just rasa kembung perut sendawa tu ja rasa setakat ni? Sy dah start makan acid folid dah 9 hari, then saya ada keputihan sikit ja utk bulan ni, & tiada langsung spotting setitik dua darah. Sy ada beli upt 2-3 tapi nak check lagi & lagi risau kecewa 🥲

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, ujian UPT boleh diambil kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlepas dan akan menunjukkan positif sekiranya anda hamil sehingga minggu ke-10 kehamilan. Kebiasaannya, keputusan positif akan menunjukkan 2 line dan negatif akan menunjukkan 1 line. Namun, ia bergantung kepada jenama ujian UPT tersebut, jadi lebih baik anda membaca arahan dalam pakej sebelum mengambil ujian UPT.
Simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh kehamilan ataupun pre-menstrual syndrome. Sekiranya keputusan UPT menunjukkan positif, anda perlu ke klinik kesihatan untuk mengesahkan kehamilan serta mengambil rawatan pranatal. Jikalau ujian anda menunjukkan keputusan negatif, tetapi anda percaya anda hamil, anda boleh mengambil ujian tersebut sekali lagi atau berjumpa dengan doktor supaya ujian darah boleh dilakukan.
Anda boleh menghubungi kami untuk mandapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.