
Sulit
3 tahun
Cuma rasa sesak dan penat
Saya umur 16. Saya tidak tahu kenapa saya kadang-kadang boleh rasa sesak di dalam dada saya dan sakit. Saya rasa penat walaupun saya tidak buat ape pun di rumah. Mungkin benda ni tkde ape pun.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sering merasakan sesak dan sakit dada. Kebelakangan ini juga anda mengalami penat biarpun tidak melakukan apa-apa. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom sakit dada boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Asma
- Pneumothorax
- Masalah jantung
- Costochondritis
- Keresahan (Anxiety)
- Pedih ulu hati
- Gastrik
- Trauma
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang boleh menunjukkan simptom sesak atau sakit pada dada. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Manakala masalah penat boleh diakibatkan daripada gaya hidup yang kurang sihat. Perubahan kepada aktiviti gaya hidup sihat seperti:
- Bersenam (150 minit seminggu)
- Makan makanan seimbang dan sihat
- Tidur yang mencukupi 8 jam sehari
- Minum air jernih yang mencukupi 2 liter sehari
Aktiviti di atas mampu untuk memperbaiki daya stamina badan. Sekaligus memberikan tenaga yang anda perlukan. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.