
Sulit
3 tahun
Cuma untuk pengetahuan am sahaja. terima kasih
sy ad terbaca di laman fb tntang 1 artikel bertajuk bapa merogol anak dan tertarik dgn 1 soalan netizen. jika seorang anak merogol anak berkali2 sehingga mengandung adakah kesan2 dirogol masih boleh dijumpai ? atau kesan paksaan atau tanpa rela seperti lebam tu akan hilang lepas berbulan bulan ? dan jika si bapa tidak mengaku selepas anaknya mengandung, adakah si anak masih boleh dikenal pasti sebagai mangsa rogol? minta doktor beri sedikit penjelasan tentang soalan saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang kesan rogol adakah boleh dikesan selepas suatu tempoh. Kami akan cuba memberikan penjelasan.
Untuk makluman anda, seperti kecederaan lain, kesan atau kecederaan atas sebab paksaan atau rogol juga akan hilang selepas suatu tempoh. Jika seorang wanita yang masih dara telah dirogol, selepas kesan kecederaan lain hilang, kesan yang kekal adalah kesan koyakan selaput dara. Namun begitu, selaput dara atau hymen ini juga boleh koyak atas sebab lain seperti bersukan dan aktiviti lasak.
Sekiranya ingin mengetahui sekiranya kandungan mangsa adalah dari benih suspek, antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan ujian persamaan genetik.
Dalam perubatan, pemeriksaan bukan sahaja dilakukan terhadap fizikal, tetapi juga aspek mental mangsa. Jadi, pemeriksaan perubatan masih ada peranannya walaupun kejadian telah berlalu buat suatu tempoh.
Namun begitu, kes rogol adalah suatu kes yang kompleks dan bukanlah boleh disimpulkan dengan penemuan atau bukti perubatan sahaja. Pihak polis dan penguatkuasa undang undang mempunyai cara lain untuk menghakimi kes sebegini.
Kami harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.