
Sulit
4 tahun
Cycle saya start bulan Nov tidak tratur paling panjang 41 hari..but 3 bulan ni cycle 32hari soalan sya mcm mna kira time subur dan ada ke saya lewa 5hari ni tanda2 hamil?
Hello doctor…Saya Ayesha suri rumah sepanjang masa saya nak tanya pasal cycle saya dalam few months tidak teratur sepatutnya saya period 6hb tetapi bulan ni saya dah lewat 5hari… Dan semenjak brpa hari bila saya bangun pagi sya tak rasa comfortable macam rasa perut berat dan lenguh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.