
Anonymous
5 tahun
Cyst bahaya atau tidak?
saya telah ke klinik pada 17 7 2019 untuk check kandungan saya yang telah berusia sebulan setengah… ia berita gembira buat saya namun didalam rekod scan didapati ada satu objek lain disitu dan doc mengesahkan ia cyst… dan saya pasti ia penyebab saya selalu berasa sakit di sebelah kanan perut… dan sejak mengandung saya merasakan pedih ulu hati setiap masa… perut kembung dan berasa loya… namun selera makan masih ok dan cepat lapar… adakah ia sebab dari cyst?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sesetengah wanita, cyst sewaktu kehamilan adalah bersifat fisiologis yaitu normal. Sementara itu, sekiranya anda mempunya gejala seperti sakit, sebaiknya anda mengunjungi doktor.
Merujuk kepada kembung dan loya diawal usia kehamilan, boleh jadi itu adalah normal. Akan tetapi sekiranya anda merasa lemah yang amat atau muntah berterusan, sebaiknya segera ke doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.