
syera.arahaman94
5 tahun
Cyst dan kesan serta cara ubati
Hai doc …
Sebelum ni saya pernah bertanya tentang cyst. Kali ini saya nak bertanya sekali lagi tentang cyst yang saya alami. Saya ada cyst berukuran 1.8 cm di ovari kanan. Cyst saya bukan pcos bukan endometreosis…
Soalan saya
1 Adakah cyst saya alami ini mengganggu kesuburan saya. Saya da kawen 5 bulan dan masih lagi belum hamil.
Adakah perlu saya kerap pergi check up untuk pastikan cyst saya dah hilang atau belum sebab doc yg saya pergi cek beritahu cyst saya ni akan hilang dengan sendiri dan tak berbahaya.
Adakah perlu saya amalkan sesuatu untuk hilangkan cyst ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, cyst adalah satu permasalahan yang kerap terjadi kepada wanita tanpa mengira usia. Masalah ini dipengaruhi oleh paras hormon. Ovari mengeluarkan ovum setiap bulan pada waktu subur. Dalam kes cyst, ovum tidak dikeluarkan pada waktu yang sepatutnya.
Kebanyakkan cyst tidak menganggu kesuburan namun cyst yang menganggu adalah ketika ia dijangkiti dan menyebabkan parut pada ovari atau struktur sekitarnya.
Doktor selalunya akan memantau saiz cyst tersebut dan rawatan lanjut adalah berdasarkan diagnosis dan keadaan semasa pesakit.
Sila pergi berjumpa doktor jika anda mengalami masalah berikut:
- Sakit bahagian abdomen
- Muntah
- Rasa ingin pitam
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.