
Sulit
5 tahun
Cyst, sakit belakang, bahagian bawah perut dan sembelit
saya wanita berusia 33 tahun, setahun lalu saya membuat pemeriksaan dan scan dapati terdapat ketulan cyst yg kecil namun bila di scan beberapa bulan selepas itu tidak ada. tetapi keputusan MRI jelas menampakan bentuk itu teapi doc mnegatakan mugkin cyst mugkin tidak sebab period. namun sakit saya berterusan pada setiap kali mahu period tapi sakit itu tahap saya mampu handle tetapi saya mengalami sembelit yang teruk sehingga mencucuk kawasan perut sya., sakit belakang yang teruk ,loya pening dan beranggapan itu normal kerana proses period dan najis saya berwarna hitam. Soalan. Apakah ianya normal atau ada kemungkinan masalah kesihatan yang serius. Sebab setiap kali scan ianya tidak ada, kadang kala ada. Dan saya punya BP selalunya rendah antara 80/60 , 90/65 , adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit sewaktu haid datang boleh timbul dibahagian bawah perut ataupun menjalar sehingga ke belakang. Ia lazimnya disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis (normal, bukan penyakit) dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Merujuk kepada cyst, ia adalah keadaan fisiologis (normal, bukan penyakit) yang dapat timbul dan hilang sendiri. Kadang sekiranya cyst sangat besar dan sakit, doktor mungkin mencadangkan anda untuk membuang cyst tersebut secara pembedahan. Namun sekiranya tidak, cyst akan hilang sendiri dalam tempoh 7-8 minggu.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.