Sulit
5 tahun
D luar kemaluan sya tumbuh mcm ulser
Sya 41 thn… d bhagian kemaluan sy d atas… ada ketumbuhan mcm ulser… Sy risau dgn husben tdk pernah terjdi mcm ni apa kh tu dktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai ketumbuhan ulser yang terdapat pada alat sulit anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah ulser yang anda alami tersebut:
- Alahan kulit (contact dermatitis) yang boleh disebabkan oleh alahan pada krim, losyen, kain ataupun sabun yang digunakan
- Jangkitan kuman atau bakteria
- Jangkitan kulat
- Jangkitan herpes
- Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
- Jangkitan chancre atau Syfilis
- Jangkitan chancroid
- Penyakit keradangan kulit seperti ekzema.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kebanyakan daripada penyakit di atas tadi merupakan penyakit jangkitan STI atau Sexual Transmitted Infections yang boleh merebak melalui hubungan seks. Walaubagaimanapun, tidak semua penyakit STI ini hanya boleh merebak melalui hubungan seks, malah ia boleh merebak melalui penukaran darah atau jarum.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah



































